Asal-usul sembahyamg (Sholat)

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT

untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat

nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan

sholat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT

terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan

ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap

solat mula dikerjakan.



Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu

ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara

pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.

Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.



Rakaat pertama: Tanda bersyukur karena baginda terlepas dari kegelapan

malam.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.



Dzuhur:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.yaitu

tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya

Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu

sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.



Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga

anaknya.

Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan

tebusan kibas.



Ashar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Ashar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala

baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah

memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk

waktu Ashar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana

baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:



Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.

Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.



Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu

ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan

kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa,

lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan

tersebut yaitu :



Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah YME

Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya

Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu

Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.



Isya:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isya ialah Nabi Musa a.s.. Pada

ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri

Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT

menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isya yang akhir.

Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.



Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

0 komentar:



Buku Tamu

banner

Blog Personal Kang Hae Lokamaya
Image by Berbagi Info Online, Tutorial Blog & Belajar Bisnis Online tentang internet,tentang komputer Photobucket Layanan Data

INA

Add to Technorati Favorites Computer Blogs - BlogCatalog Blog Directory Counter Powered by  RedCounter blog-indonesia.com 100 Blog Indonesia Terbaik

Add to Google Reader or Homepage

free counters

Ayo dukung P.komodo


Supported by the website design company guide .
HTML hit counter - Quick-counter.net

Add to Technorati Favorites

Pages

Followers